Select Page

Tutorial ini adalah sebagai panduan untuk anda bagi melakukan proses save shsh2 blobs bagi peranti iPhone, iPad dan iPod Touch, dengan menggunakan tools tsschecker. Sila ambil perhatian bahawa panduan ini adalah bagi pengguna Mac sahaja. Pengguna Windows, anda boleh rujuk tutorialnya DI SINI.

Langkah Pertama
Muat turun versi tsschecker yang terkini dari SINI.

Langkah Kedua
Double click pada file tsschecker-latest.zip archive yang telah dimuat turun dan extract file.

Langkah Ketiga
Sambungkan peranti anda ke komputer melalui sambungan USB dan launch iTunes.

Pilih iPhone anda daripada senarai peranti yang tersambung, hala dan pilih Summary tab.

Klik pada Serial Number (rujuk di bawah nombor telefon anda) sehingga muncul ECID anda. Catatkan nombor tersebut atau salin ia ke clipboard dengan cara menekan Command+C.

Langkah Keempat
Install aplikasi CPU Identifier daripada App Store. Launch aplikasi tersebut dan sila ambil perhatian pada ‘Device Model’ anda. Sebagai contoh, D111AP adalah untuk model iPhone 7 Plus.

Langkah Kelima
Launch Terminal daripada aplikasi anda : Folder Utilities.

Langkah Keenam
Halakan ke folder tsschecker yang telah di extracted dengan cara menaip cd, jarak dan ke folder tersebut. Cara paling mudah untuk melakukan proses ini adalah dengan cara menaip cd, jarakkan dan kemudian drag and drop folder tersebut dari Finder ke Terminal.

cd /Users/iClarified/Desktop/iClarified/tsschecker-latest

Langkah Ketujuh
Jadikan tsschecker executable dengan cara memasukkan arahan di bawah ke Terminal :

chmod +x tsschecker_macos

Langkah Kelapan
Arahan berikutnya akan save SHSH2 blobs anda.

./tsschecker_macos -B BOARDCONFIG -e ECID -i IOSVERSION -s

Gantikan Board Config (Device Model), ECID dan versi iOS anda dengan maklumat yang tepat berdasarkan model peranti anda. Pada gambar yang disertakan ini, ia menunjukkan proses berkaitan Device Model dan ECID ini telah dilakukan sebelumnya. Versi iOS pada pada proses ini dilakukan adalah pada versi 10.2.

./tsschecker_macos -B D111AP -e 1D19AAAAAAAAAA -i 10.2 -s

Langkah Kesembilan
Sekarang, tsschecker akan save SHSH2 blobs anda.

Langkah Kesepuluh
Fail .shsh2 anda akan disimpan ke dalan folder tsschecker_lastest. Pastikan fail ini disimpan di tempat selamat dan yang mudah untuk dicari apabila anda memerlukannya nanti.

Artikel tutorial ini dan gambar-gambar berkaitan dengan proses tutorial telah kami perolehi dari laman iClarified.

error: Content is protected !!