Select Page

Apple telah melepaskan iOS 10.3.2 buat model yang dibenarkan untuk peranti iPhone dan iPad pada 15 Mei yang lepas, dan hari ini, mereka telah memberhentikan kebenaran kepada pengguna untuk menurun taraf ke iOS 10.3.1. Pengguna yang sedang berada di iOS 10.3.2, jika anda tidak save SHSH blobs, maka ia adalah sesuatu yang mustahil untuk anda menurun taraf ke iOS 10.3.1.

Sepertimana kemaskini pada iOS 10.3.1, kemaskini pada iOS 10.3.2 adalah kemaskini minor di mana ia lebih menumpukan kepada penambahbaikan kepada beberapa bugs dan juga usaha Apple bagi menutup beberapa kelemahan pada faktor keselamatan.

Kebiasaanya, pengguna iPhone dan iPad akan menurun taraf kepada versi firmware yang sebelumnya bagi memudahkan mereka melakukan proses jailbreak. Walaubagaimanapun, untuk kali ini, versi jailbreak yang paling stabil adalah cara jailbreak yang telah dilepaskan kepada umum oleh pasukan jailbreak Yalu, iaitu pada iOS 10.2 yang lepas.

Sebagai tambahan, diberitakan bahawa, pihak Apple sekarang sedang dalam proses menjalankan ujian beta bagi firmware versi 10.3.3 yang mana ia juga akan menyaksikan kemaskini minor bagi mempertingkatkan tahap keselamatan peranti iOS, juga berkemungkinan akan menyaksikan ia sebagai kemaskini terakhir sebelum Apple melepaskan iOS 11 pada tahun ini.

  • Kami akan sentiasa mengemaskini berita-berita terkini berkaitan peranti beroperasikan iOS.
  • Ikuti kami di Twitter dan Facebook supaya anda tidak terlepas kemaskini berita terbaharu!
error: Content is protected !!