Select Page

Banyak pihak memberi gambaran bahawa ulangtahun ke 10 iPhone akan diadakan secara besar-besaran. Ia dikatakan akan mempunyai kerangka yang diperbuat daripada kaca yang diperkukuh oleh bingkai logam keluli tahan karat dan binaan yang lebih baik di bahagian atas dan bawah. Sebagai tambahan, kamera hadapan, Touch ID, pembesar suara dan lain-lain sensor akan dimasukkan ke bahagian dalam kerangka. Pendapat lain pula mengatakan bahawa model iPhone seterusnya ini akan memliki skrin yang jelas dengan paparan OLED yang baharu.

Selain daripada itu, model ini diberitakan akan memliki skrin 5.8 inci dengan paparan berkeluasan 5.15 inci, yang mana ia akan memberikan ruangan untuk butang-butang fungsi di bahagian bawah. Apple juga dikatakan akan mempersiapkan iPhone baharu ini dengan ciri-ciri pengecasan tanpa wayar, pengimbas mata serta muka dan juga kamera berciri 3D.

Berikut adalah video terbaharu rumor mengenai rekabentuk iPhone 8. Video ini diperolehi melalui laman Twitter @onleaks.

” The device shown in this video is manufactured via CNC process. It is based upon 3D CAD sourced directly from the factory in charge of building the new iPhone. Keep in mind, some details may change before the official launch. “

 

error: Content is protected !!