Select Page
Penyedia sistem penyimpanan awan Dropbox telah melepaskan kemaskini terbaharu aplikasi mereka di App Store hari ini. Kemaskini terbaharu ini membolehkan pengguna mengedit teks secara terus dari aplikasi mobile di peranti ios masing-masing. Sekarang, apabila anda sedang menggunakan aplikasi Dropbox, anda dengan mudah boleh melakukan kerja mengedit teks dengan cara menyentuh ikon Edit dan anda akan dibawa ke paparan text editor yang baharu.

Apabila selesai proses mengedit, anda hanya perlu sentuh pada ikon Save dan perubahan tersebut akan disimpan terus ke dalam aplikasi Dropbox anda. Apa yang menariknya di sini, kini anda tidak perlu lagi khidmat aplikasi text editor pihak ketiga bagi melakukan kerja-kerja mengedit. Tambahan pula, kerja mengedit akan menjadi lebih cepat kerana semua kerja hanya perlu dibuat di dalam aplikasi yang sama.

Selain daripada itu, kemasikini untuk versi 54.2 ini menyaksikan pengguna akan memperolehi fungsi auto-capture yang baharu. Ia membolehkan pengguna yang ingin melakukan imbasan dokumen hanya perlu fokuskan kamera iPhone kepada dokumen yang ingin diimbas dan fungsi ini akan mengambil gambar dokumen tersebut secara automatik.

 

  • Kami akan sentiasa mengemaskini berita-berita terkini berkaitan peranti beroperasikan iOS.
  • Ikuti kami di Twitter dan Facebook supaya anda tidak terlepas kemaskini berita terbaharu!
error: Content is protected !!