Select Page

Apple telah melepaskan versi beta 5 iOS 10.3.3 kepada pengguna yang mengambil bahagian dalam program ujian versi beta. Serentak dengan itu, versi beta 5 bagi MacOS 10.12.6 juga telah mengalami pelepasan ujian yang sama.

Pengguna yang mengambil bahagian dalam program ujian beta boleh mendapatkan iOS 10.3.3 beta 5 melalui Software Update di bahagian iOS Settings dan pengguna MacOS boleh mendapatkan MacOS 10.12.6 di seksyen App Store Updates.

iOS 10.3.3 beta 5 ini menyaksikan kemaskini bagi bug fix dan ia khabarnya bakal menggambarkan ciri-ciri yang bakal ada pada versi iOS 11 nanti. Sebagaimana sebelum, Apple kebiasaannya akan melepaskan beberapa siri versi beta sebelum melepaskan versi akhir kepada umum. Berdasarkan hal tersebut, iOS 10.3.3 mungkin akan dilepaskan kepada umum dalam masa beberapa minggu lagi.

Sementara itu, iOS 11 versi akhir khabarnya akan dilepaskan pada musim luruh nanti.

error: Content is protected !!