Select Page

Kita mungkin telah melihat banyak video yang menunjukkan pelbagai ciri baharu yang akan didatangkan pada iOS 11 yang khabarnya akan didatangkan pada musim luruh nanti.

Apple’s Siri merupakan antara yang akan diperkemaskan dalam iOS 11 nanti dan ciri terjemahan baharu khabarnya akan dimasukkan. Anda boleh lihat mengenai perkara ini di dalam video yang kami perolehi dari MacRumors.

Pada masa ini, keupayaan Siri adalah menterjemahkan English kepada beberapa bahasa yang antaranya adalah French, German, Italian, Spanish dan juga Mandarin. Apple dijangka akan menambahkan fungsi ke pelbagai bahasa di masa akan datang.

Siri pada iOS 11 juga dikatakan akan ditampilkan dengan ciri suara yang baharu pada peranti iPhone dan iPad.

Rumor mengatakan bahawa Apple akan melepaskan iOS 11 serentak dengan iPhone 8 pada September, sekitar musim luruh namun tarikh spesifik mengenainya masih belum lagi ditentukan.

Sumber : MacRumors

error: Content is protected !!