Select Page

Salah satu tips yang cool di dalam aplikasi Maps adalah, ia membolehkan anda memantau keadaan cuaca di mana sahaja, di serata dunia.


Aplikasi Maps Apple telah banyak mengalami pelbagai perubahan serta penambahbaikan yang sememangnya menarik kebelakangan ini. Seperti juga kebanyakan aplikasi terbina Apple yang lain, Maps juga akan menjadi bertambah baik fungsinya jika digunakan bersama-sama dengan 3D Touch. Mari kita lihat apa yang ingin kami sampaikan sebenarnya.

Melalui aplikasi Maps, anda mampu mendapatkan informasi tambahan mengenai sesebuah tempat (dan tentunya di mana sahaja lokasinya), bermula daripada home screen hinggalah kepada sejarah carian pada aplikasi terbina dalaman Apple ini.

Secara amnya, keseronokan menggunakan aplikasi ini bermula daripada ikon aplikasi Maps itu sendiri. Dengan hanya force-touch pada ikon Maps pada home screen anda (atau pada carian spotlight dan cadangan Siri), anda boleh memilih untuk tandakan lokasi terkini anda berada, kongsikan lokasi anda ataupun melakukan carian lokasi berhampiran. Kesemua  fungsi ini boleh dilakukan di dalam aplikasi Maps itu sendiri, atau melalui aplikasi Messages (jika anda mahu berkongsi lokasi melalui aplikasi Messages), dan ia merupakan satu fungsi yang mampu memudah dan mempercepatkan kerja anda. Sebagai contoh, anda mungkin mahu menandakan tempat menarik yang anda temui dan ingin melawatnya di lain kali, atau anda mahu menandakan sesuatu jalan atau persimpangan, jika anda bimbang akan terlupa hala tuju untuk pulang nanti atau sebagainya.

Selain daripada itu, jika anda terspot apa-apa yang anda rasa menarik pada peta anda dan menginginkan rasa ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai penemuan tersebut, anda hanya perlu force-touch pada aplikasi Maps. Paling kurang pun, anda akan mampu untuk kongsikan lokasi tersebut atau dapatkan arah ke lokasi dari tempat di mana anda berada pada waktu itu. Jika Maps tahu mengenai lokasi tempat tersebut, anda berkemungkinan tinggi akan dapat menelefon tempat tersebut terus daripada telefon anda, atau anda juga mungkin boleh mengakses laman web tempat tersebut (jika ada). Fungsi ini mungkin akan amat berguna jika anda sedang berada di dalam pengembaraan atau percutian dan lokasi tempat anda berada pada waktu itu amat asing buat anda.


Apabila anda menyentuh pada bahagian carian, pada kotak carian Maps di bahagian bawah iPhone anda, anda juga akan mendapat informasi mengenai sejarah carian yang anda pernah lakukan sebelum ini dan juga hasil cariannya.

Nampak ikon cuaca kecil pada bahagian penjuru bawah skrin peta anda? Yang menunjukkan simbol matahari atau awan, dan angka suhu terkini? Cubalah lakukan sentuhan (yang agak keras) padanya. Ia akan mengeluarkan kotak kecil yang akan memberikan informasi cuaca sepanjang hari di tempat anda berada. Tekan dengan lebih lembut sedikit dan akan keluar lokasi di mana anda boleh memilih untuk memasukkan keadaan cuaca tersebut ke lokasi di mana anda berada atau anda ingin melihatnya sahaja.

Aplikasi Maps ini juga membolehkan anda memantau keadaan cuaca di tempat lain di seluruh dunia. Mungkin anda ingin tahu bagaimana keadaan cuaca di tempat yang anda baru saja lawat dua hari yang lalu? Hanya perlu cari di mana lokasi tempat tersebut dan gunakan tips ini.

Nampaknya, dari masa ke semasa, ciri 3D Touch ini menjadi semakin menarik untuk dipraktikkan penggunaannya di dalam aktiviti seharian. Pengguna iPhone kelihatan semakin terbiasa menggunakan ciri ini di dalam kegunaan seharian.

Untuk info, tips dan gambar-gambar di dalam post ini kami perolehi dari laman blog Cult Of Mac.

error: Content is protected !!