Select Page

Apple hari ini memberi peringatan kepada para pembangun aplikasi mengenai keperluan dalam penyediaan aplikasi 64-bit bagi platform iOS dan juga macOS.

Sebagai makluman, selepas daripada ini, aplikasi baru dan kemaskini yang dikemukan kepada App Store mesti memenuhi kriteria dan menyokong 64-bit. Aplikasi yang hanya menyokong setakat 32-bit tidak akan tersedia pada iOS 11 dan pengguna yang memiliki aplikasi 32-bit sebelumnya di dalam peranti masing-masing tidak akan dapat dibuka (pada iOS 11).

Berikut adalah kenyataan daripada pihak Apple :

” If you haven’t updated your app on the App Store to support 64-bit, we recommend submitting an update so your users can continue to run your apps on iOS 11, which will be in the hands of hundreds of millions of customers this fall. “

Pada WWDC yang lalu, Apple telah mengumumkan bahawa aplikasi baharu yang bakal dikemukakan ke Mac App Store mestilah menyokong 64-bit bermula Januari 2018 dan kemaskini pada aplikasi sedia ada mesti menyokong 64-bit bermula Jun 2018.

” If you distribute your apps outside the Mac App Store, we highly recommend distributing 64-bit binaries to make sure your users can continue to run your apps on future versions of macOS. macOS High Sierra will be the last macOS release to support 32-bit apps without compromise. “

  • Kami akan sentiasa mengemaskini berita-berita terkini berkaitan peranti beroperasikan iOS.
  • Ikuti kami di Twitter dan Facebook supaya anda tidak terlepas kemaskini berita terbaharu!
error: Content is protected !!